Hai Hai Hai
Alhamdulilah. Now aku secara rasmi menjadi pelajar UKM sesi 2015/2016. Hohoho gua sudah jadi pelajar U beb. Means gua da besar haha
Ehemm berbalik kepada topik. Minggu Mesra Mahasiswa @ MMM @ minggu orentasi telah selamat aku jalani. Hahaha serius tak sama macam dalam novel yang kita baca kena ragging la apa la. Tak ada pun semua tu. Zaman dulu mungkin ada kena tiup lampu sampai padam la apa la. Tapi sekarang dah tak ada. So, tak perlu risau kalau takut kena ragging ke apa.
So far, MMM is the best orentation week that I ever had. Sumpah, sekarang aku sangat sangat rindukan MMM. Walaupun penat tapi ada 1001 kenangan manis yang aku rindu sampai sekarang. Aku nak tulis secara kronologi so in future aku lebih ingat setiap kenangan manis yang aku lalui masa MMM.
Selasa, 1 September 2015
Hari pendaftaran. Aku kena mendaftar pkul 12-1 tengah hari. Tapi aku gerak dari seremban pukul 11 pagi. Untunglah dekat en. Sampai bangi siap sesat sesat ntah kemana ntah abang aku drive. On balik Google Maps ghupe ye dah dekat sangat dah. Terlajak sikit je. Aku dapat KPZ so kena masuk guna pintu 3. Masa kat KPZ aku dah jatuh cinta dengan kolej ni. Dah la lawa, cuma kawasan berbukit bukau je agak hmm haha so far okay la. Masa sampai tu PC siap bukakan pintu kereta untuk aku. Terasa bagaikan puteri raja muahahaha. Padahal aku tengah pegang filem xray bagai tu yang dia tolong bukakan. Good job PC ;) At first aku dapat blok F1. No bilik ialah F1406. F1 mewakili nama blok since every block got 2 buildings. Digit seterusnya ialah tingkat dan nombor bilik. Memula aku ingatkan aku dapat tingkat 1 tau sebab F1 kan. Sekali check2 hamek kau tingkat 4 derr. Nangis masa angkat barang :'( . Tapi bilik tu okay la. Sebab kebanyakkan perabot adalah perabot baru. Tapi pintu locker aku tak boleh nak lock. Lagilah aku nak nangis dan mengharapkan keajaiban berlaku untuk aku tukar bilik. Huhuhu
My first roommate is Syuhada. Hai Syu haha ! Dia orang selangor gak. Orang Banting kot. Course Sains Laut. Satu course yang agak kurang diceburi oleh kaum hawa. Dunno why huwhuw. Siap kemas semua dalam kul 2.30 petang keluarga aku pun nak gerak balik la. Time ni aku tak nangis macam masa kat matrik dulu. Haha maybe sebab dalam otak aku ohh rumah dekat je tiap tiap minggu boleh balik. Tak macam matrik dulu. Hehehe. Dalam kul 5 petang gitu kena turun g Dataran Dinamis. Masa tu dah start la MMM. PC yang jadi MC ialah Abang Hakimi. Adalah beberapa game kena main antaranya game kereta api. Saya sentuh awak and etc. Setiap game ada demo dari PC. Ohh PC ni aka Pemudah Cara tau. Bukan PC komputer tu. Masa demo tu memang gelak habislah. Lepas tu kitaorang kena buat memang berterabur habislah game tu. Then dalam kul 6.45 petang rehat dan makan malam. Pukul 7 malam something kena turun g Za'ba Grand Hall. Kat kolej ni ada surau tau. Sebab masjid universiti jauhkan. Tapi sebab bilangan pelajar baru agak ramai jadi solat berjemaah di grand hall je.
Malam tu ada majlis rasmi. Majlis dengan pengetua kolej. Sesi perkenalan dengan barisan pentadbiran kolej dan felo felo kolej. Majlis rasmi biasalah ucapan semua tu. Lepas tu ada sesi pengenalan biro tak silap. Lepas tu sesi bagi hadiah. Haha hadiah yang dimaksudkan di sini ialah beg rasmi UKM, tshirt rasmi UKM, tshirt rasmi kolej, shawl merah kolej yang ada tag UKM dan akhir sekali lunch box dan botol air cap UKM. Haha cute sangat tau. Bagi lunch box. Dan masa tu juga Kak Rubi selaku ketua Biro Kebudayaan kolej promote Malam Tunas Seni UKM. Memula tu macam tak ada sambutan sangat. Dan dan Abang Raja @ Felo Blok G amek alih promote, 3/4 pelajar g daftar jadi peserta persembahan Malam Tunas Seni. Habis aktiviti kolej sape nak join ?
Rabu, 2 September 2015
Pukul 4 lebih aku dah bangun nak g mandi. Dalam kul 5.30 gitu aku dah gerak g Grand Hall untuk solat subuh berjemaah. Pukul 7 berkumpul kat dataran Dinamis balik untuk aktiviti di Fakulti. Masa ni belajar tutorial ikat shawl. Shawl kat sini sebagai tanda korang dari kolej mana. Lain cara ikatan ikat shawl lainlah kolej. Bukan sebarang ikat tau. Kiteorang belajar jadikan shawl letak kat leher. Then gerak ke fakulti masing masing. Aku Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Fakulti terbesar kat campus Bangi ni. Sampai petanglah duduk kat fakulti. Biasa je aktiviti kat sini. taklimat dan etc.
Disebabkan aku bagi nama untuk jadi peserta Malam Tunas Seni. Jadi aku dikecualikan dari aktiviti kolej. Aku rasa sebab tu kot ramai ramai join Malam Tunas Seni. Nak elak aktiviti kolej punya pasal. Hahaha. Lepas aktiviti di fakulti kena gerak g Dectar @ Dewan Canselor Tunku Abdul Razak. Aku join cak lempong since aku pernah main masa sekolah dulu. Sampai malam berkampung kat sini. Dengan tak mandi ye nasiblah haha. Balik ke kolej malam tu kena berlatih cheers untuk Perang Dectar nanti. Best gak la. Tapi penat dan ngantuk.
Khamis, 3 September 2015
Holaaaa. Pagi yang indah dari KPZ. Tak berapa nak indah pun sebab bila aku check jadual balik. Ada aktiviti jalan jalan di kampus. Cett. Pagi yang indah dimulakan dengan senaman pagi dan aerobik kat Dataran Gemilang. Jauh wooo dari KPZ nak ke Dataran Gemilang. Pagi tu naik bas balik tu jalan kaki. Lepas senaman semua tu ada demo dari SUKSIS dan PALAPES yang mana merupakan badan beruniform kat UKM ni. Sape masuk SUKSIS ada elaun woo. Rm200++ sebulan. PALAPES pun ada tapi tak pasti berapa sebulan dia bagi.
Lepas tu marilah kita bersama sama berjalan kaki pulang ke kolej. Kat sini singgah Canselori. Bangunan dia best. Ada cermin banyak dan aircond yang masha Allah sejuk ye. Bayangkan kiteorng seramai 500++ yang dah panas berpeluh masuk tempat ada aircond. Nyaman ye rasa. Masa tu ada makanan minum pagi. Sambil gelak Abang Haziq celoteh sambil makan roti. Masa MMM memang kenyanglah. Dia bagi makan 6 kali sehari. Lepas tu jalan kaki g Pusanika and etc sampai akhir sekali kena panjat bukit yang masha Allah tinggi ye. Masa tu dah pukul 11 lebih. Memang bestlah matahari dia bak hang. Panas menyilau gitu. Mujur gua bawa payung so bolehlah berlindung dari terik matahari. Hikss
Pukul 12.15 tengah hari gitu tibalah kami di kolej yang tercinta. Disebabkan kiteorang penat berjalan dan mendaki bukit, PC benarkan kiteorang rehat kat kolej. Sampai pukul 4 gitu. Malam tu, macam biasa berlatih cheers bagai nak rak sebab esok perang dectar muahahaha.
Jumaat, 4 September 2015
Malam yang ditunggu. Pagi sampai petang memang aktiviti kat DECTAR. Ada forum. Ada majlis ikrar. Agak ahh boring. Malam tu yang paling best. Malam Tunas Seni UKM. Boleh tengok link video kat bawah
MALAM TUNAS SENI UKM 2015
Masa ni, memang best sebab ad konsert muahaha. Best kot konsert. Konsert Tunas Seni ni pulak umpama konsert kat Istana Budaya. Kebanyakkan persembahan oleh budak first year sendiri so bayangkanlah macam mana students first year baru masuk tak sampai seminggu dah boleh perform macam tu. Ohh lupa nak cakap. Pusat Kebudayaan UKM @ Puskeb memang power. Serious talk. Puskeb boleh buat macam macam aktiviti peringkat antarabangsa. Antaranya ialah UKM 1st World Art Festival. Itu nanti ada masa aku update.
After that. Jeng jeng jeng. Perang DECTAR wuhuuuuu ! Bersedialah untuk jerit pekik dan kehilangan suara. Masa nilah korang akan rasa sayang kat kolej. Perang DECTAR ni tak ada hadiah tau. Just suka suka je. Selalu kolej kolej yang ada penghuni besar akan stay kat DECTAR sampai habis. Macam Za'ba, Kajai dan sebagainya. Yang stay lama lama kat DECTAR ni bersedia untuk jalan kaki balik kolej. Jauh weh DECTAR dengan Za'ba. Nasib aku ada senior hantarkan balik huhu. Yang lain balik jalan kaki.
PERANG DECTAR UKM 2015
Sabtu, 5 September 2015
Pagi ini dalam sejarah. Boleh bangun lewat masa minggu orentasi. Haha. Ye la sampai kolej pukul 3 pagi sebab perang Dectar. Hari ni waktu siang tak de aktiviti sangat. Malam tu ada kenduri sikit kat kolej. Malam tu macam biasa ada majlis then makan makan. Masa batch 2015/2016, my batch pranks our PC. Haha gempak habis serious talk.
Bayangkan, ada sesi meluah perasaan. Awal awal tu best la dengar. Sampai satu masa ni tetiba ada sorang ni marah marah PC. Pakai mic okayy. Pastu bersambung bersambung marah. Last last PC mengamuk. Semua blah dari majlis. Tak terkedu kau. Tetiba ada orang masuk bawa kek. Haha dah tau la pranks kan. Pastu semua berkejar cari PC kat cafe nak pujuk PC. Lawak kot. Abang Haziq punya merajuk pergi baling kek dalam longkang. Membazir betul :( pastu dia cakap dia tak sengaja haha okaylah diterima.
Video sepanjang PC kena prank - Sangat Lawak
Well, I miss my MMM week. Seriously. Bakal bakal adik junior tu hargailah minggu orentasi korang. Itu lah minggu orentasi last korang. Masuk master ke apa dah tak ada minggu orentasi macam tu. :')
No comments:
Post a Comment