Hai Hai Hai
Alhamdulilah. Now aku secara rasmi menjadi pelajar UKM sesi 2015/2016. Hohoho gua sudah jadi pelajar U beb. Means gua da besar haha
Ehemm berbalik kepada topik. Minggu Mesra Mahasiswa @ MMM @ minggu orentasi telah selamat aku jalani. Hahaha serius tak sama macam dalam novel yang kita baca kena ragging la apa la. Tak ada pun semua tu. Zaman dulu mungkin ada kena tiup lampu sampai padam la apa la. Tapi sekarang dah tak ada. So, tak perlu risau kalau takut kena ragging ke apa.
So far, MMM is the best orentation week that I ever had. Sumpah, sekarang aku sangat sangat rindukan MMM. Walaupun penat tapi ada 1001 kenangan manis yang aku rindu sampai sekarang. Aku nak tulis secara kronologi so in future aku lebih ingat setiap kenangan manis yang aku lalui masa MMM.
Selasa, 1 September 2015
Hari pendaftaran. Aku kena mendaftar pkul 12-1 tengah hari. Tapi aku gerak dari seremban pukul 11 pagi. Untunglah dekat en. Sampai bangi siap sesat sesat ntah kemana ntah abang aku drive. On balik Google Maps ghupe ye dah dekat sangat dah. Terlajak sikit je. Aku dapat KPZ so kena masuk guna pintu 3. Masa kat KPZ aku dah jatuh cinta dengan kolej ni. Dah la lawa, cuma kawasan berbukit bukau je agak hmm haha so far okay la. Masa sampai tu PC siap bukakan pintu kereta untuk aku. Terasa bagaikan puteri raja muahahaha. Padahal aku tengah pegang filem xray bagai tu yang dia tolong bukakan. Good job PC ;) At first aku dapat blok F1. No bilik ialah F1406. F1 mewakili nama blok since every block got 2 buildings. Digit seterusnya ialah tingkat dan nombor bilik. Memula aku ingatkan aku dapat tingkat 1 tau sebab F1 kan. Sekali check2 hamek kau tingkat 4 derr. Nangis masa angkat barang :'( . Tapi bilik tu okay la. Sebab kebanyakkan perabot adalah perabot baru. Tapi pintu locker aku tak boleh nak lock. Lagilah aku nak nangis dan mengharapkan keajaiban berlaku untuk aku tukar bilik. Huhuhu
My first roommate is Syuhada. Hai Syu haha ! Dia orang selangor gak. Orang Banting kot. Course Sains Laut. Satu course yang agak kurang diceburi oleh kaum hawa. Dunno why huwhuw. Siap kemas semua dalam kul 2.30 petang keluarga aku pun nak gerak balik la. Time ni aku tak nangis macam masa kat matrik dulu. Haha maybe sebab dalam otak aku ohh rumah dekat je tiap tiap minggu boleh balik. Tak macam matrik dulu. Hehehe. Dalam kul 5 petang gitu kena turun g Dataran Dinamis. Masa tu dah start la MMM. PC yang jadi MC ialah Abang Hakimi. Adalah beberapa game kena main antaranya game kereta api. Saya sentuh awak and etc. Setiap game ada demo dari PC. Ohh PC ni aka Pemudah Cara tau. Bukan PC komputer tu. Masa demo tu memang gelak habislah. Lepas tu kitaorang kena buat memang berterabur habislah game tu. Then dalam kul 6.45 petang rehat dan makan malam. Pukul 7 malam something kena turun g Za'ba Grand Hall. Kat kolej ni ada surau tau. Sebab masjid universiti jauhkan. Tapi sebab bilangan pelajar baru agak ramai jadi solat berjemaah di grand hall je.
Malam tu ada majlis rasmi. Majlis dengan pengetua kolej. Sesi perkenalan dengan barisan pentadbiran kolej dan felo felo kolej. Majlis rasmi biasalah ucapan semua tu. Lepas tu ada sesi pengenalan biro tak silap. Lepas tu sesi bagi hadiah. Haha hadiah yang dimaksudkan di sini ialah beg rasmi UKM, tshirt rasmi UKM, tshirt rasmi kolej, shawl merah kolej yang ada tag UKM dan akhir sekali lunch box dan botol air cap UKM. Haha cute sangat tau. Bagi lunch box. Dan masa tu juga Kak Rubi selaku ketua Biro Kebudayaan kolej promote Malam Tunas Seni UKM. Memula tu macam tak ada sambutan sangat. Dan dan Abang Raja @ Felo Blok G amek alih promote, 3/4 pelajar g daftar jadi peserta persembahan Malam Tunas Seni. Habis aktiviti kolej sape nak join ?
Rabu, 2 September 2015
Pukul 4 lebih aku dah bangun nak g mandi. Dalam kul 5.30 gitu aku dah gerak g Grand Hall untuk solat subuh berjemaah. Pukul 7 berkumpul kat dataran Dinamis balik untuk aktiviti di Fakulti. Masa ni belajar tutorial ikat shawl. Shawl kat sini sebagai tanda korang dari kolej mana. Lain cara ikatan ikat shawl lainlah kolej. Bukan sebarang ikat tau. Kiteorang belajar jadikan shawl letak kat leher. Then gerak ke fakulti masing masing. Aku Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Fakulti terbesar kat campus Bangi ni. Sampai petanglah duduk kat fakulti. Biasa je aktiviti kat sini. taklimat dan etc.
Disebabkan aku bagi nama untuk jadi peserta Malam Tunas Seni. Jadi aku dikecualikan dari aktiviti kolej. Aku rasa sebab tu kot ramai ramai join Malam Tunas Seni. Nak elak aktiviti kolej punya pasal. Hahaha. Lepas aktiviti di fakulti kena gerak g Dectar @ Dewan Canselor Tunku Abdul Razak. Aku join cak lempong since aku pernah main masa sekolah dulu. Sampai malam berkampung kat sini. Dengan tak mandi ye nasiblah haha. Balik ke kolej malam tu kena berlatih cheers untuk Perang Dectar nanti. Best gak la. Tapi penat dan ngantuk.
Khamis, 3 September 2015
Holaaaa. Pagi yang indah dari KPZ. Tak berapa nak indah pun sebab bila aku check jadual balik. Ada aktiviti jalan jalan di kampus. Cett. Pagi yang indah dimulakan dengan senaman pagi dan aerobik kat Dataran Gemilang. Jauh wooo dari KPZ nak ke Dataran Gemilang. Pagi tu naik bas balik tu jalan kaki. Lepas senaman semua tu ada demo dari SUKSIS dan PALAPES yang mana merupakan badan beruniform kat UKM ni. Sape masuk SUKSIS ada elaun woo. Rm200++ sebulan. PALAPES pun ada tapi tak pasti berapa sebulan dia bagi.
Lepas tu marilah kita bersama sama berjalan kaki pulang ke kolej. Kat sini singgah Canselori. Bangunan dia best. Ada cermin banyak dan aircond yang masha Allah sejuk ye. Bayangkan kiteorng seramai 500++ yang dah panas berpeluh masuk tempat ada aircond. Nyaman ye rasa. Masa tu ada makanan minum pagi. Sambil gelak Abang Haziq celoteh sambil makan roti. Masa MMM memang kenyanglah. Dia bagi makan 6 kali sehari. Lepas tu jalan kaki g Pusanika and etc sampai akhir sekali kena panjat bukit yang masha Allah tinggi ye. Masa tu dah pukul 11 lebih. Memang bestlah matahari dia bak hang. Panas menyilau gitu. Mujur gua bawa payung so bolehlah berlindung dari terik matahari. Hikss
Pukul 12.15 tengah hari gitu tibalah kami di kolej yang tercinta. Disebabkan kiteorang penat berjalan dan mendaki bukit, PC benarkan kiteorang rehat kat kolej. Sampai pukul 4 gitu. Malam tu, macam biasa berlatih cheers bagai nak rak sebab esok perang dectar muahahaha.
Jumaat, 4 September 2015
Malam yang ditunggu. Pagi sampai petang memang aktiviti kat DECTAR. Ada forum. Ada majlis ikrar. Agak ahh boring. Malam tu yang paling best. Malam Tunas Seni UKM. Boleh tengok link video kat bawah
MALAM TUNAS SENI UKM 2015
Masa ni, memang best sebab ad konsert muahaha. Best kot konsert. Konsert Tunas Seni ni pulak umpama konsert kat Istana Budaya. Kebanyakkan persembahan oleh budak first year sendiri so bayangkanlah macam mana students first year baru masuk tak sampai seminggu dah boleh perform macam tu. Ohh lupa nak cakap. Pusat Kebudayaan UKM @ Puskeb memang power. Serious talk. Puskeb boleh buat macam macam aktiviti peringkat antarabangsa. Antaranya ialah UKM 1st World Art Festival. Itu nanti ada masa aku update.
After that. Jeng jeng jeng. Perang DECTAR wuhuuuuu ! Bersedialah untuk jerit pekik dan kehilangan suara. Masa nilah korang akan rasa sayang kat kolej. Perang DECTAR ni tak ada hadiah tau. Just suka suka je. Selalu kolej kolej yang ada penghuni besar akan stay kat DECTAR sampai habis. Macam Za'ba, Kajai dan sebagainya. Yang stay lama lama kat DECTAR ni bersedia untuk jalan kaki balik kolej. Jauh weh DECTAR dengan Za'ba. Nasib aku ada senior hantarkan balik huhu. Yang lain balik jalan kaki.
PERANG DECTAR UKM 2015
Sabtu, 5 September 2015
Pagi ini dalam sejarah. Boleh bangun lewat masa minggu orentasi. Haha. Ye la sampai kolej pukul 3 pagi sebab perang Dectar. Hari ni waktu siang tak de aktiviti sangat. Malam tu ada kenduri sikit kat kolej. Malam tu macam biasa ada majlis then makan makan. Masa batch 2015/2016, my batch pranks our PC. Haha gempak habis serious talk.
Bayangkan, ada sesi meluah perasaan. Awal awal tu best la dengar. Sampai satu masa ni tetiba ada sorang ni marah marah PC. Pakai mic okayy. Pastu bersambung bersambung marah. Last last PC mengamuk. Semua blah dari majlis. Tak terkedu kau. Tetiba ada orang masuk bawa kek. Haha dah tau la pranks kan. Pastu semua berkejar cari PC kat cafe nak pujuk PC. Lawak kot. Abang Haziq punya merajuk pergi baling kek dalam longkang. Membazir betul :( pastu dia cakap dia tak sengaja haha okaylah diterima.
Video sepanjang PC kena prank - Sangat Lawak
Well, I miss my MMM week. Seriously. Bakal bakal adik junior tu hargailah minggu orentasi korang. Itu lah minggu orentasi last korang. Masuk master ke apa dah tak ada minggu orentasi macam tu. :')
Saturday, 12 March 2016
Thursday, 21 January 2016
8 Tips Video Temuduga UKM
Assalammualaikum
Jeng jeng jeng. Aku dah habis semester 1 kat UKM. Fuhh penat gak belajar kat uni. Sekarang mereput kat rumah.
Sekarang nak share tips macam mana nak buat video temuduga untuk kemasukan ke UKM. Rasanya start batch aku kot, semua program pengajian di UKM kena interview (IV). Giler ann. SEMUA PROGRAM PENGAJIAN...
So, masa semakan temuduga UKM dibuka haritu, dia buka secara berperingkat. Masa first day check tu, nama aku tkde lagi. So sedihh. Dah la temuduga UPM tak dapat. Tapi sebab aku da pasrah kot. Lupa nak mention, untuk IV UKM. Ada 2 cara. First, IV secara berhadapan. Means kena pergi tempat IV dan ada ahli panel yang akan menilai korang. Second, video IV. Yang ni korang kena buat video, then upload masuk Youtube dan hantar link video kat email fakulti korang.
Disebabkan aku da pasrah. So aku tkde la check check lagi. Tapi masa aku dapat tau tu, aku baru bangun tidur. Biasalah bangun tidur terus check WhatApps(WS) kan. Tetiba baca kat group WS roommates matrik aku, si Nasya bagitau dia dapat IV UKM. Dan aku teruslah check dan alhamdulilah aku pun dapat. Hahaha :D Bangun bangun dapat berita gembira sampai petang aku senyum. So tengah hari tu aku masak benda best sikit konon konon nak raikan la. Cettt
Make sure you read the IV letter properly. Sebab ada kawan aku cuak bila tak ada tempat dan masa. Bagi aku face-to-face IV lagi senang. Terpulang kat masing masing la. Tapi video ni best gak. Sebab korang boleh record balik klau korang tergelak. hahaha
TIPS - TIPS VIDEO INTERVIEW
Jeng jeng jeng. Aku dah habis semester 1 kat UKM. Fuhh penat gak belajar kat uni. Sekarang mereput kat rumah.
Sekarang nak share tips macam mana nak buat video temuduga untuk kemasukan ke UKM. Rasanya start batch aku kot, semua program pengajian di UKM kena interview (IV). Giler ann. SEMUA PROGRAM PENGAJIAN...
So, masa semakan temuduga UKM dibuka haritu, dia buka secara berperingkat. Masa first day check tu, nama aku tkde lagi. So sedihh. Dah la temuduga UPM tak dapat. Tapi sebab aku da pasrah kot. Lupa nak mention, untuk IV UKM. Ada 2 cara. First, IV secara berhadapan. Means kena pergi tempat IV dan ada ahli panel yang akan menilai korang. Second, video IV. Yang ni korang kena buat video, then upload masuk Youtube dan hantar link video kat email fakulti korang.
Disebabkan aku da pasrah. So aku tkde la check check lagi. Tapi masa aku dapat tau tu, aku baru bangun tidur. Biasalah bangun tidur terus check WhatApps(WS) kan. Tetiba baca kat group WS roommates matrik aku, si Nasya bagitau dia dapat IV UKM. Dan aku teruslah check dan alhamdulilah aku pun dapat. Hahaha :D Bangun bangun dapat berita gembira sampai petang aku senyum. So tengah hari tu aku masak benda best sikit konon konon nak raikan la. Cettt
![]() |
Ni contoh panggilan temuduga secara bersemuka. Ada masa dan tempat |
![]() |
Ni contoh secara video. Tak ada masa dan tempat. |
TIPS - TIPS VIDEO INTERVIEW
1) Baca surat temuduga dengan teliti. Sebab kat situ ada syarat syarat video. Antaranya, panjang video mestilah antara 3-5 minit.
2) Kat surat temuduga tu ada arahan lanjut. Lain course lain arahan. Macam kawan aku, dia dapat Media Komunikasi. So video tu kena kreatif dan ada part yang korang kena speaking. Boleh search di Youtube video-video senior korang yang amek course ni. Menarik :)
3) Alert dengan tarikh akhir hantar video. Macam aku, masa yang diberi seminggu. So, dalam masa seminggu kenalah buat video tu. Lain course lain tarikh. Ada yang 2 minggu dan sebagainya.
4)Buat homework pasal course korang. Ingat, korang ada peluang bagus kot. Pastikan video yang korang buat tu bagus, menarik dan ada isi. Jangan goreng je isi isi korang.
5) Pakai pakaian yang bersesuaian. Kalau perempuan, pakailah baju kurung. Janganlah pakai baju kurung yang terlampau meriah dengan manik, batu permata, batu kapur dan sebagainya. Ingat, video ni rasmi. Pakai baju kurung yang simple. Remember this phrase, simple is nice :) For boys, wear a proper attire. Baju kemeja berlengan panjang dan kalau ada kot pakai la kot.
6) Pilih tempat rakam video yang bagus. Masa aku nak buat video, aku nak letak chess semua depan aku konon konon nampak cantik la.In the end aku tak letak pun. Kalau tengok video kat youtube, ada yang buat depan rak buku, kat meja office. Terpulanglah. Tapi jangan la serabut sangat sebab ahli panel tu tengok awak, Yang lain tu tambahan je.
7)BUAT YANG TERBAIK. Ini penting. Sebab bila aku dah masuk UKM, kebanyakkan students kat situ semuanya buat video bagus bagus. Kira diaorang confident dengan video diaorang. Korang kena jadi lain daripada yang lain. Jangan video ala kadar kemudian korang expect nak dapat offer. Please, one course maybe beratus dia panggil IV. Yang pihak uni nak hanyalah berpuluh je. Kemudian, doa dan percaya pada rezeki Tuhan bagi.
8) Kebanyakkan ahli panel penilai video korang terdiri daripada pensyarah pensyarah UKM sendiri. Jadi, buat video pasal course yang ditawarkan. Contohnya, Microbiology. Cerita pasal microb dan apa yang korang akan buat selepas korang tamat belajar dalam course ni. Macam aku, aku plant biotechnology, cerita pasal perladangan laut. Jadi tak jadi lain kira. Yang penting, korang dapat masuk belajar.
p/s : Disebabkan ahli panel terdiri daripada pensyarah course tu sendiri. So, jangan terkejut kalau korang masuk belajar dah ada pensyarah kenal korang. Contohnya, kawan matriks aku KMJ, masuk course microbiology, masa kuliah Mikrobiologi Asas, Dr Aida dah cakap dia cam muka kawan aku yang buat video masa IV. Ramai lak tu dia ingat.
So far, ni tips yang boleh aku kongsikan. Nanti kalau aku ada tips lain aku update. Kat bawah ni ada video kawan aku yang masuk Plant Biotechnology. Bagi aku, dia special sebab dia ikut 2 / 8 tips yang aku bagi tapi last last dapat gak masuk belajar kat UKM. See, rezeki Tuhan bagi. Kita usaha dan tawakal je. :)
p/s : Thanks Fathi. Nanti aku belanja kau makan kat kiosk FEP huhu
GOOD LUCK AND ALL THE BEST :)

Subscribe to:
Posts (Atom)